Sunday 2 June 2013

Tuhan Jagakan Dia



Tuhan..
jagakan dia . dia kekasihku dan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

cinta tanpa sebab . sayang tanpa sebab . suka tanpa sebab . itu kebenaran . tiada sebab . ketulusan . keikhlasan . penerimaan tanpa kenal rupa . penerimaan hanya melalui suara . hanya perkenalan melalui laman sosial .

perkenalan melalui laman sosial . boleh kekal ke ? mulut-mulut murai tak perlu mempertikai . tak perlu menilai . ini semua ketentuan yang di atas sana . pertemuan sebegini . perkenalan sebegini . kita berusaha . kita berdoa . itu yang sebaiknya . semoga semuanya baik-baik saja .

seandaikan dia yang tercipta untukku . jagakan dia . tetapkan hatinya untukku . dan sekiranya dia bukan tercipta untukku , relakan hatiku . 
Demi Allah aku sayang dia 

dalam diam




dari dulu dah perhati
tapi cuma simpan dalam hati
ingin diluah sah-sah mati
duduk diam-diam jadi pemerhati 

andai itu ketentuanNya, berserah pada Ilahi
kerana Dia lebih mengetahui

biarkan dia bahagia dengan pilihan hati
persahabatan yang terjalin pun dah memadai
tak ada sakit hati, tak ada iri hati
cukup sekadar kenangan lama yang dirindui

andai ada rezeki, kita yang lama akan kembali
kenangan kita hanya kita ketahui
simpan baik-baik dalam diari hati
satu hari nanti kita akan bongkar kembali


Saturday 1 June 2013

cinta semanis gula

lumrah wanita berhati lembut . lumrah wanita itu manja . lumrah wanita itu ingin dimanja . lumrah wanita ingin perhatian . daripada kau . kaum adam yang istimewa di hati mereka .

tunjukkan diri kau . tunjukkan sayang kau . tunjukkan perhatian kau . yang kau nak peram buat apa . kau nak simpan biar jadi busuk berulat berkulat ? bagi dia rasa kewujudan kau . sayang mereka . bahagiakan mereka . dia yang akan bahagiakan kau di hari jalur-jalur kedut dah melekat kat muka kau . jaga makan dan minum kau . jaga pakai kau . bagi anugerah yang tidak ternilai pada kau iaitu waris kau sendiri . generasi kau . semua tu menyempurnakan hari-hari kau .

jangan sesekali kau abaikan mereka . biarkan mereka sendirian . teman mereka . wujudkan diri kau di hari-hari mereka supaya mereka rasa kehadiran kau . wujudnya kau . wujudnya cinta kau . cinta itu sentiasa bersama . saling berkongsi , saling mendukung dan saling mengisi . cinta harus diungkapkan . namun jangan terlambat untuk mengungkapnya , risau cinta itu akan pergi meninggalkan kau . padan muka .

cinta umpama gelang getah . semakin ditarik hujung getah ke arah bertentangan , semakin renggang dan akhirnya putus jua

bagi cinta tu . tunjukkan diri kau . kekalkan manis tu

ini cerita dia

biasa aku suka beli novel cinta cinta jiwang karat bagai . tapi tiba-tiba aku terasa nak ubah angin . aku nak cuba baca cerita-cerita penerbitan lejen . syarikat penerbitan buku alternatif indipenden malaysia . syarikat penerbitan buku alternatif urban malaysia . sesekali berubah angin kan . asyik sangat pandang tempat yang sama kan . sesekali nak jugak luaskan mata pandang tempat lain . takkan asyik nak kekal di takuk lama . so , 4 buah sekali aku tibai dalam satu masa . haha .

beli pakai baucer je pongg :D

empat buku aku dah tawan . satu buku aku dah habis jelajah . tu haa SEYOGIA . selamat aku baca dalam masa satu hari . seriously aku tertarik . first time aku boleh habiskan satu buku dalam masa satu hari . nampak tak menarik dy kat mana . cerita dy takde laa berbunga macam novel-novel biasa yang penuh dengan imaginasi . terlalu penuh dengan angan-angan . hubungan dan orang-orang yang perfect . bahagia . cerita ni berbeza . cerita tak berbunga . cerita macam berada di dunia realiti bukan fantasi . novel-novel tak semestinya berkisarkan cerita cinta semata . ini cerita kehidupan . watak-watak dy bukan laa watak yang perfect . watak-watak dy watak yang wujud di alam realiti . aku suka . 

aku tahu buku-buku yang aku beli ni terbitan lama . tapi aku tak kisah semua tu . asalkan cerita dy menarik minat aku . bila aku dah mula minat , aku terfikir nak buat koleksi . ade rezeki lebih , aku nak beli buku lain pulak tapi terbitan tetap sama . actually , masa aku belek-belek buku dekat MPH , banyak buku terbitan syarikat ni menarik minat aku . ikutkan hati semua buku terbitan lejen yang ade aku nak angkut . bak kata orang ikut hati mati . kalau aku ikut hati , aku mati kebuluran . haha . next time aku angkut yang lain . serious . aku dah jatuh minat :)