Sunday 8 September 2013

mula semester baru sebagai senior

currently aku kat melaka . hari isnin dah mula kelas tapi tapi tapi aku takde semangat nak mula belajar . maklum laa dah dua bulan cuti , sedap duduk rumah je .. bila nak mula belajar balik , berat rasanye . haha . tambah-tambah lagi dapat rumah aras bawah-bawah, lepastu kedudukan perabot dy alaaaaahai , serabut . nampak sempit . makin buat aku rasa tak bersemangat . aku nak ubah sendiri , tak larat . lepastu pulak dapat almari macam nak roboh , pintu bilik tak boleh lock , tombol rosak ! bayangkan pintu bilik tak boleh rapat , tolak sikit je dah ternganga . hm , satu keje nak kene buat report . nak kene ngadap staff apartment ni yang macam pffftt -.-

semester ni tahun akhir aku insyaallah . semester 5 , aku bergelar senior . agak tough kot sem ni . and of course lebih busy aku rasa . semester ke 6 mula praktikal and then graduate . insyaallah , semoga dipermudahkan perjalanan aku .

Thursday 5 September 2013

lepas sudaaaaa

baru pagi tadi aku amek ujian jpj untuk tambah kelas B2 kepada D . hehe . lesen kereta laa . dulu aku dah ada lesen motor , sekarang cuma tambah kelas je . alhamdulillah .. aku lulus hanya dengan sekali percubaan . syukur sangat-sangat . aku nak elakkan sangat amek ujian jpj sampai dua kali . huhu .

walaupun tadi ade kesilapan sikit mase nak mula , nasib aku baik sebab aku dapat atasi benda tu . aku terlalu gelabah . hoho . berdebar laa katakan .. gigil noob . yang penting sekarang semua dah lepas . tinggal tunggu lesen keluar je . hari selasa ni baru boleh amek . hee :D

tapi ade satu benda je yang aku tak berkenan dengan jpj tadi . muka kerek habis ! orang bagi salam pun tak jawab . tak senyum langsung . ape salahnye senyum sikit . mesra-mesra sikit . takde laa pemandu kat sebelah tu stress sangat . muka yang masam mencuka gitu sangat tak membantu oke . brr .

by the way , aku fikir tadi aku failed taw sebab cikgu aku cakap biase kalau jpj suruh pusing balik sebelum sampai rounder board .. itu failed . and aku tadi belum sampai rounder board , jpj suruh patah balik . sekali bila dah sampai kat pusat latihan memandu tu , dapat kertas marking jpj .. first aku tengok lulus or kandas . sekali tengok lulus ! perghh .. berbunga riang hati aku . kehkehkeh .

alhamdulillah .. urusan aku dipermudahkan . aku harap sangat aku boleh lepas jpj sekali ni je sebab kalau nak ulang-ulang memang payah laa sebab 9 hari bulan ni aku dah sambung belajar . so aku tak ada masa untuk balik . huhu . tapi sekarang ni semua dah lepas , so aku lega . tak payah nak pening-pening kepala lagi pasal lesen . weeehuuuu !

Tuesday 3 September 2013

rahsia Allah

aku dah tawu isi hati dy . semua dah keluar dari mulut dy sendiri . tapi segalanya masih belum pasti sebab masih belum tiba masanya . jadi tak perlu lahh menaruh harapan terlalu tinggi . seandainya sudah tertulis jodoh kita , sejauh mana kita terpisah , sejauh mana kita berlari , kita tetap akan bersama .

careful now - maybe you should make a list for me of everything important in this world 
perfect two - we're the perfect two
buka hatimu - buka hatimu bukalah sedikit untukku sehingga diriku bisa memilikimu

sekarang kita masih "more than friend , less than couple" . we'll just follow the flow . kita dah tawu , kita senyap dan kita pendam . tiba masanya nanti , semua akan berubah . insyaallah ..