Sunday 29 December 2013

padah

padah terlalu outspoken. nak outspoken tu boleh, tapi biar kena pada cara. biar kena pada situasi. jangan main sembur je, padah makan diri. keadaan sekarang tengah tak stabil, orang-orang sekarang semakin sensitif. selagi kita belum merasa penat lelah jenuh perit hidup orang yang lebih berpengalaman, jangan cuba-cuba membangkitkan isu yang sensitif. tak salah untuk memberi pendapat. semua orang berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing. tapi tu lah, biar kena pada cara. kalau agak-agak ilmu didada, ilmu dikepala masih belum cukup, lebih baik senyap. itu jalan yang selamat. am i right? correct me if i'm wrong. ingat ni, banyak hati yang kita perlu jaga. banyak pihak yang kita perlu fikirkan. kita bukan hidup sorang kat dunia ni. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. diri kita melambangkan identiti keluarga, bangsa, negeri dan jugak our beloved country. so behave. semoga apa yang berlaku ni dijadikan pengajaran :)


Sunday 15 December 2013

around the corner

final exam as final year student is around the corner.

subjek untuk semester ni semua killer-killer belaka. ini first time aku rasa stress sangat bila belajar. sampai aku hampir-hampir give up. mungkin terlalu banyak masalah yang aku pikul kat bahu aku ni. semua buat aku penat, lelah, letih, sempuuuuuuuuuuuut.

dengan masalah belajar, masalah mencari tempat praktikal, masalah personal, semua bercampur aduk. memang sebati sampai buat aku macam nak gila.

but, i'm blessed. aku ada kawan-kawan yang memahami. bila aku down, ada yang sudi pinjamkan bahu. bila aku tersungkur, ada yang sudi hulur tangan. bila aku perlu semangat, ada yang sudi berkongsi. terima kasih.