Tuesday, 21 January 2014

end of semester 5

hampir seminggu. hampir seminggu dah semester 5 tamat. 15 hari bulan hari tu paper last, 16 hari bulan baru balik rumah. bila dah tamat semester 5, bermulalah hidup yang baru. kisah baru tanpa kawan-kawan seperjuangan di sekeliling. aku sorang-sorang menghadap perjalanan hidup praktikal student kat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah yang akan mula 2 hari bulan 2 ni. semoga segalanya berjalan lancar sepanjang aku berkhidmat sebagai pelajar praktikal kat situ. 

dan.. untuk kawan-kawan, the fact is aku rindu diorang. yelaa, 2 tahun setengah makan minum tidur belajar dengan diorang. ade masalah pun, diorang tempat meluah. diorang jugak tempat berkongsi rasa happy. sekarang no more them. baru berapa hari dah rindu. cane? haha.

rindu kawan-kawan dan rindu jugak suasana melaka yang tak pernah tidur. tapi aku masih perlu tidur. hehe. selamat malam.

Sunday, 29 December 2013

padah

padah terlalu outspoken. nak outspoken tu boleh, tapi biar kena pada cara. biar kena pada situasi. jangan main sembur je, padah makan diri. keadaan sekarang tengah tak stabil, orang-orang sekarang semakin sensitif. selagi kita belum merasa penat lelah jenuh perit hidup orang yang lebih berpengalaman, jangan cuba-cuba membangkitkan isu yang sensitif. tak salah untuk memberi pendapat. semua orang berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing. tapi tu lah, biar kena pada cara. kalau agak-agak ilmu didada, ilmu dikepala masih belum cukup, lebih baik senyap. itu jalan yang selamat. am i right? correct me if i'm wrong. ingat ni, banyak hati yang kita perlu jaga. banyak pihak yang kita perlu fikirkan. kita bukan hidup sorang kat dunia ni. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. diri kita melambangkan identiti keluarga, bangsa, negeri dan jugak our beloved country. so behave. semoga apa yang berlaku ni dijadikan pengajaran :)


Sunday, 15 December 2013

around the corner

final exam as final year student is around the corner.

subjek untuk semester ni semua killer-killer belaka. ini first time aku rasa stress sangat bila belajar. sampai aku hampir-hampir give up. mungkin terlalu banyak masalah yang aku pikul kat bahu aku ni. semua buat aku penat, lelah, letih, sempuuuuuuuuuuuut.

dengan masalah belajar, masalah mencari tempat praktikal, masalah personal, semua bercampur aduk. memang sebati sampai buat aku macam nak gila.

but, i'm blessed. aku ada kawan-kawan yang memahami. bila aku down, ada yang sudi pinjamkan bahu. bila aku tersungkur, ada yang sudi hulur tangan. bila aku perlu semangat, ada yang sudi berkongsi. terima kasih.

Sunday, 20 October 2013

kata hati yang tak terluah

cuti dah habis tapi berat, berat hati nak tinggalkan mersing. mungkin sebab aku lama kat sini tapi aku cuma dapat jumpa dy sekejap. sekejap sangat.

hm, semua dah tak sama macam dulu. dulu dy rajin contact aku. macam hardcore gitu. tapi sekarang kurang, tengah malam baru mesej. kadang-kadang langsung tak mesej. bila aku cuba untuk angkat kaki, jauhkan diri. dia cuba tarik aku kembali. apa semua ni. aku keliru.

sekarang aku berfikir untuk berhenti ikut langkah kaki dy. kalau dy rasa aku penting, dy akan berpatah balik untuk bawak aku bersama dy. kalau tak, dy akan biarkan aku sorang-sorang dan sesat dalam mencari kembali langkah dy.

Friday, 18 October 2013

siapa sebenarnya

siapa dia?
siapa aku?

aku tahu
kau kenal dia lagi lama.
perasaan kau pada dia
aku tak tahu.

tapi dengan aku?
apa cerita?

kau layan aku gentle.
more than friend less than couple.

dulu kau cakap
kau suka aku.
mintak aku tunggu.

sekarang?
apa cerita?

kau main tarik tali.
aku keliru.

dulu kau cakap
aku saja.

tapi

dari pemerhatian aku
aku tahu
wujud dia

siapa dia?
siapa aku?

perlu ke aku tunggu
aku tak tahu
aku keliru

aku mohon
jangan main perasaan aku
aku dah puas kecewa

kalau kau tak mampu bagi bahagia
jangan kau buat aku kecewa
jangan pernah sentuh hati aku
jangan aku yang merana

Tuesday, 1 October 2013

ni makan diaaaa

penangan orang dah dapat lesen kan. hihi. nahamek!


last minute plan. sewa kereta pergi jalan-jalan. asalnya nak teman budak sebelah tu jumpa husband to be dengan mother-in-law to be dy je kat dataran pahlawan. contact orang yang buat car pool servis semua takde respon. last-last cuba nasib call kereta sewa. huh! rezeki ada kereta kosong. haha, ape lagi sewa setengah hari pergi jalan-jalan sampai ayer keroh. hiks. dating berdua. berani tak berani laa kan, dua-dua tu baru je pegang lesen kereta tapi dah berani drive jauh-jauh kat tempat orang, kat bandar melaka yang busy macam hape. haha.


nah! memang rugi laa kan jalan-jalan kalau tak posing-posing snap gambar. aku memang pantang jumpe camera. hee. kbye :)

Sunday, 8 September 2013

mula semester baru sebagai senior

currently aku kat melaka . hari isnin dah mula kelas tapi tapi tapi aku takde semangat nak mula belajar . maklum laa dah dua bulan cuti , sedap duduk rumah je .. bila nak mula belajar balik , berat rasanye . haha . tambah-tambah lagi dapat rumah aras bawah-bawah, lepastu kedudukan perabot dy alaaaaahai , serabut . nampak sempit . makin buat aku rasa tak bersemangat . aku nak ubah sendiri , tak larat . lepastu pulak dapat almari macam nak roboh , pintu bilik tak boleh lock , tombol rosak ! bayangkan pintu bilik tak boleh rapat , tolak sikit je dah ternganga . hm , satu keje nak kene buat report . nak kene ngadap staff apartment ni yang macam pffftt -.-

semester ni tahun akhir aku insyaallah . semester 5 , aku bergelar senior . agak tough kot sem ni . and of course lebih busy aku rasa . semester ke 6 mula praktikal and then graduate . insyaallah , semoga dipermudahkan perjalanan aku .

Thursday, 5 September 2013

lepas sudaaaaa

baru pagi tadi aku amek ujian jpj untuk tambah kelas B2 kepada D . hehe . lesen kereta laa . dulu aku dah ada lesen motor , sekarang cuma tambah kelas je . alhamdulillah .. aku lulus hanya dengan sekali percubaan . syukur sangat-sangat . aku nak elakkan sangat amek ujian jpj sampai dua kali . huhu .

walaupun tadi ade kesilapan sikit mase nak mula , nasib aku baik sebab aku dapat atasi benda tu . aku terlalu gelabah . hoho . berdebar laa katakan .. gigil noob . yang penting sekarang semua dah lepas . tinggal tunggu lesen keluar je . hari selasa ni baru boleh amek . hee :D

tapi ade satu benda je yang aku tak berkenan dengan jpj tadi . muka kerek habis ! orang bagi salam pun tak jawab . tak senyum langsung . ape salahnye senyum sikit . mesra-mesra sikit . takde laa pemandu kat sebelah tu stress sangat . muka yang masam mencuka gitu sangat tak membantu oke . brr .

by the way , aku fikir tadi aku failed taw sebab cikgu aku cakap biase kalau jpj suruh pusing balik sebelum sampai rounder board .. itu failed . and aku tadi belum sampai rounder board , jpj suruh patah balik . sekali bila dah sampai kat pusat latihan memandu tu , dapat kertas marking jpj .. first aku tengok lulus or kandas . sekali tengok lulus ! perghh .. berbunga riang hati aku . kehkehkeh .

alhamdulillah .. urusan aku dipermudahkan . aku harap sangat aku boleh lepas jpj sekali ni je sebab kalau nak ulang-ulang memang payah laa sebab 9 hari bulan ni aku dah sambung belajar . so aku tak ada masa untuk balik . huhu . tapi sekarang ni semua dah lepas , so aku lega . tak payah nak pening-pening kepala lagi pasal lesen . weeehuuuu !

Tuesday, 3 September 2013

rahsia Allah

aku dah tawu isi hati dy . semua dah keluar dari mulut dy sendiri . tapi segalanya masih belum pasti sebab masih belum tiba masanya . jadi tak perlu lahh menaruh harapan terlalu tinggi . seandainya sudah tertulis jodoh kita , sejauh mana kita terpisah , sejauh mana kita berlari , kita tetap akan bersama .

careful now - maybe you should make a list for me of everything important in this world 
perfect two - we're the perfect two
buka hatimu - buka hatimu bukalah sedikit untukku sehingga diriku bisa memilikimu

sekarang kita masih "more than friend , less than couple" . we'll just follow the flow . kita dah tawu , kita senyap dan kita pendam . tiba masanya nanti , semua akan berubah . insyaallah .. 






Thursday, 22 August 2013

kronologi puasa ke raya

cerita puasa cerita raya
cerita lapuk tak berapa nak lapuk . haha :D

Iftar with bestie

the last two days of fasting we're having so much fun . first time kitorang buka puasa sama . diorang masing-masing gerak dari rumah , aku sorang gerak dari senai . jauh kan ? hee , takpe . demi spent time dengan kawan-kawan aku , aku sanggup . at that time , meyh aku cite . aku sampai bus station , syafiq datang . teman aku sementara tunggu kawan-kawan aku datang . first time jumpa tu . haha . lokasi ? stesen bas ? agagaga , kelakar pulak . lepas kawan aku datang , syafiq balik and aku pergi pantai and snap-snap dengan bestie-bestie aku yang cun . hakhak . dah dekat buka , kitorang gerak . lepas buka , jalan-jalan kat bazar . and once again .. syafiq datang . konon-konon datang sebab hangout dengan member-member dy . haha . padahal dy sengaja datang situ sebab cari aku . dy mengaku dy saje jalan situ sorang-sorang sebab nak cari aku . haha , laka-laka kan dy tu . patut laa dy asyik mesej tanye aku kat mane . ade udang disebalik mee . haha .



Raya 1

malas nak cerita panjang . setiap gambar ada lagu . haha . macam biase every year . pakai baju baru , pergi melawat kubur arwah mak and gerak balik kampung . 



Raya 2

steady . get ready nak balik . balik awal sikit sebab ada plan nak raya ramai-ramai dengan ex-classmate masa sekolah dulu :) 




Raya 3

ni diaaaa . masing-masing gila happening bila dah berkumpul ramai-ramai . hiks :)





Wednesday, 7 August 2013

selamat tinggal ramadhan , selamat datang syawal

29 ramadhan --
genap 4 tahun pemergian arwah ibu tersayang, Manisah Binti Mailan.
Al-Fatihah --
untuk kali ke empat aku berhari raya tanpa insan bergelar ibu.
sedih memang sedih . kosong memang kosng.
tapi dah itu kenyataannya.
aku kene lahh terima dengan hati yang kuat.
esok pagi raya, macam biasa kami adik beradik akan melawat pusara ibu tersayang.
semoga semuanya tenang.

malam ni, mercun masing-masing dah meletup. sana sini pung pang pung pang. bingit! tapi itu lahh suasana beraya dikampung. meriah sebenarnya. dan di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. mintak maaf andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, halalkan segala yang termakan dan terminum.


Wednesday, 31 July 2013

latihan

sy tengok awak oke. boleh bawak. jarang laa sy lepaskan perempuan bawak kereta sorang2 kat litar dalam tempoh 5 jam pertama ni. biasa lelaki je boleh. sy tengok awak boleh buat sebab tu sy biarkan awak bawak kereta balik sampai rumah. kalau orang lain sy tak bagi
kembang sekejap --
haha. no lahh. just kidding. tak boleh over confident. ni baru 5 jam pertama. ada lagi 5 jam aku nak kene settlekan. alhamdulillah. terima kasih cikgu sebab bagi kepercayaan tu pada sy.

kebas --
kebas tangan aku asyik putar stereng. ke kiri ke kanan. berat.
tiga empat round kat litar, cikgu kat sebelah.
masuk round ke lima dan seterusnya aku sorang.

first round --
cikgu tunjuk arah dan step kat dalam litar.
cikgu yang drive.
reaksi aku, aduh! kenapa banyak sangat step nak kene ingat.
cikgu kata, takpe. dah buat banyak kali nanti oke lahh.

round kedua --
aku drive, cikgu kat sebelah bagi instruction.
masuk lorong ni. brek. belok. pusing habis stereng.
haa-- berpeluh.
dengan terik matahari, stereng berat. dugaan --
lepas ni awak bawak sorang ehh.
aku, hah!?
alaa cikgu, tak confident lagi.

round ketiga dan keempat --
sama. cikgu masih kat sebelah. bagi instruction.
bukit, parking, tiga penjuru. selesai.
cikgu keluar kereta. duduk kat pondok.

round kelima --
bukit, parking, tiga penjuru. sorang!
alhamdulillah, aku boleh.
naik semula bukit.
cikgu datang.
oke, tadi awak buat cantik. teruskan.

round keenam --
bukit aku seram.
inhale exhale.
clutch, masuk gear 1, tekan minyak, lepas clutch perlahan, turun handbreak, jalan.
fuhh! berjaya.
ulang dan ulang dan ulang sorang-sorang.
kepanasan.

last round --
settle bukit, parking dan tiga penjuru.
cikgu dah tunggu bawah pokok dengan payung antik
oke, awak terus bawak sampai rumah ehh.
aku of course laa oke je. haha
saleng - sempadan skudai - senai
now, i'm home!

Tuesday, 30 July 2013

chin up



aku tak pernah tahu wujudnya band ni. semua bermula dari buku seyogia aku baca. babak untuk memujuk. menaikkan semangat. lagu ni diperkenalkan pada pembaca. walaupun hanya mention tajuk. tergerak hati aku nak cari lagu ni.

aku dengar. indahnya muzik dia. aku jatuh cinta. walaupun aku tak faham apa sebenarnya yang disampaikan. aku mengaku. lagu ni berhantu bagi aku. aku sorang. yang lain aku tak tahu. diri kau je yang tahu.

bila aku dengar, aku ulang banyak kali. muzik dia terus meresap dalam jiwa. buat aku tak nak dengar lagu lain. aku pejam mata, hayati nada dia, rasa sayu hati aku. waktu tension, stress, sedih, kecewa aku dengar lagu ni. lagu ni buat aku rasa tenang. dalam masa yang sama, buat aku nak menitiskan air mata. i don't know, what is wrong with me.

kecewa dengan lelaki

"sy jahat" 
bila lelaki dah macam macam tu, ada lahh tu something yang dy simpan. aku bercakap atas dasar pengalaman. dy ada perempuan lain. pasang ramai perempuan dalam satu masa. ini lahh lelaki, tak cukup dengan satu. aku kecewa. sumpah aku kecewa dengan lelaki macam ni.

lelaki, kenapa kau macam tu? menduakan wanita. mempermainkan perasaan wanita. apa salah wanita? cuba kau bayangkan diri kau di tempat kami. apa perasaan kau bila kami pulak menduakan kau? permainkan perasaan kau? pernah kau fikir? mungkin tak kot, sebab kau fikir kami perempuan tak boleh kahwin lebih dari satu. thats why kau rasa kau selamat kan? kau tak fikir yang kami boleh bercinta dengan kau tapi kahwin dengan orang lain? bercinta macam nak rak sekali tak kahwin pun dengan kau. macam mana?

tolong lahh wahai lelaki. jangan lahh permainkan perasaan wanita. hati wanita ni sensitif. lembut seperti kapas. nipis seperti tisu. hargai lahh wanita sepertimana kita hargai ibu kita. wanita bukan lahh robot yang tak punya perasaan. take note please!

Sunday, 28 July 2013

rasai kedamaian

ketenangan yang aku terima . kebahagiaan hidup yang aku peroleh . aku bersyukur ke hadratMu Ilahi . luka hati aku semakin pulih . alhamdulillah . semoga aku tak mengulangi kesilapan lama . semoga aku mampu buat keputusan yang tepat lepas ni .

aku akan cuba untuk jaga hati aku sebaik mungkin . hati aku dah terlalu banyak kesan calar dan retak . aku tak nak menambah kerosakan tu . aku takut hati aku tak mampu pulih sampai bila-bila sekiranya aku tak jaga dy dengan baik . aku takkan buat keputusan terburu-buru lagi .

sekarang masa untuk aku berehat . untuk aku nikmati hidup sebenar . hidup yang tenang .


Monday, 8 July 2013

its just a dream

hadir dia cuma sekejap . macam mimpi . sekarang aku dah tersedar dari mimpi tu . semua cerita mimpi tu dah berakhir . terima kasih untuk segalanya . setiap hari tadah tangan berdoa demi masa depan cerita mimpi ni , tapi tak boleh buat apa kalau ia tetap bertemu dengan jalan buntu . semakin hari semakin jauh . semua ni ketentuan Dia . kita redha . insyaallah . semoga dia bertemu dengan bahagia yang dia kejarkan .

aku tak setaraf dengan dia . kami terlalu berbeza . ibarat langit dengan bumi . macam enggang dan pipit . aku tak layak untuk berjalan seiring dengan dia . aku tak mampu nak bagi bahagia yang dia impikan . aku kurang serba serbi . sana sini banyak celanya . aku tak perfect . maaf . aku tak salahkan dia atas apa yang berlaku sebab aku sedar aku siapa , aku berpijak di bumi yang nyata .

aku cuma mampu doa kesejahteraan dia . semoga dia sentiasa diberkati . semoga wanita itu mampu buat dia bahagia . semoga wanita itu , wanita terakhir dalam hatinya . semoga dia berubah ke arah yang lebih baik . insyaallah , amin .





MOVE ON ! :)

Sunday, 2 June 2013

Tuhan Jagakan Dia



Tuhan..
jagakan dia . dia kekasihku dan tetap milikku
aku sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku

cinta tanpa sebab . sayang tanpa sebab . suka tanpa sebab . itu kebenaran . tiada sebab . ketulusan . keikhlasan . penerimaan tanpa kenal rupa . penerimaan hanya melalui suara . hanya perkenalan melalui laman sosial .

perkenalan melalui laman sosial . boleh kekal ke ? mulut-mulut murai tak perlu mempertikai . tak perlu menilai . ini semua ketentuan yang di atas sana . pertemuan sebegini . perkenalan sebegini . kita berusaha . kita berdoa . itu yang sebaiknya . semoga semuanya baik-baik saja .

seandaikan dia yang tercipta untukku . jagakan dia . tetapkan hatinya untukku . dan sekiranya dia bukan tercipta untukku , relakan hatiku . 
Demi Allah aku sayang dia 

dalam diam




dari dulu dah perhati
tapi cuma simpan dalam hati
ingin diluah sah-sah mati
duduk diam-diam jadi pemerhati 

andai itu ketentuanNya, berserah pada Ilahi
kerana Dia lebih mengetahui

biarkan dia bahagia dengan pilihan hati
persahabatan yang terjalin pun dah memadai
tak ada sakit hati, tak ada iri hati
cukup sekadar kenangan lama yang dirindui

andai ada rezeki, kita yang lama akan kembali
kenangan kita hanya kita ketahui
simpan baik-baik dalam diari hati
satu hari nanti kita akan bongkar kembali


Saturday, 1 June 2013

cinta semanis gula

lumrah wanita berhati lembut . lumrah wanita itu manja . lumrah wanita itu ingin dimanja . lumrah wanita ingin perhatian . daripada kau . kaum adam yang istimewa di hati mereka .

tunjukkan diri kau . tunjukkan sayang kau . tunjukkan perhatian kau . yang kau nak peram buat apa . kau nak simpan biar jadi busuk berulat berkulat ? bagi dia rasa kewujudan kau . sayang mereka . bahagiakan mereka . dia yang akan bahagiakan kau di hari jalur-jalur kedut dah melekat kat muka kau . jaga makan dan minum kau . jaga pakai kau . bagi anugerah yang tidak ternilai pada kau iaitu waris kau sendiri . generasi kau . semua tu menyempurnakan hari-hari kau .

jangan sesekali kau abaikan mereka . biarkan mereka sendirian . teman mereka . wujudkan diri kau di hari-hari mereka supaya mereka rasa kehadiran kau . wujudnya kau . wujudnya cinta kau . cinta itu sentiasa bersama . saling berkongsi , saling mendukung dan saling mengisi . cinta harus diungkapkan . namun jangan terlambat untuk mengungkapnya , risau cinta itu akan pergi meninggalkan kau . padan muka .

cinta umpama gelang getah . semakin ditarik hujung getah ke arah bertentangan , semakin renggang dan akhirnya putus jua

bagi cinta tu . tunjukkan diri kau . kekalkan manis tu

ini cerita dia

biasa aku suka beli novel cinta cinta jiwang karat bagai . tapi tiba-tiba aku terasa nak ubah angin . aku nak cuba baca cerita-cerita penerbitan lejen . syarikat penerbitan buku alternatif indipenden malaysia . syarikat penerbitan buku alternatif urban malaysia . sesekali berubah angin kan . asyik sangat pandang tempat yang sama kan . sesekali nak jugak luaskan mata pandang tempat lain . takkan asyik nak kekal di takuk lama . so , 4 buah sekali aku tibai dalam satu masa . haha .

beli pakai baucer je pongg :D

empat buku aku dah tawan . satu buku aku dah habis jelajah . tu haa SEYOGIA . selamat aku baca dalam masa satu hari . seriously aku tertarik . first time aku boleh habiskan satu buku dalam masa satu hari . nampak tak menarik dy kat mana . cerita dy takde laa berbunga macam novel-novel biasa yang penuh dengan imaginasi . terlalu penuh dengan angan-angan . hubungan dan orang-orang yang perfect . bahagia . cerita ni berbeza . cerita tak berbunga . cerita macam berada di dunia realiti bukan fantasi . novel-novel tak semestinya berkisarkan cerita cinta semata . ini cerita kehidupan . watak-watak dy bukan laa watak yang perfect . watak-watak dy watak yang wujud di alam realiti . aku suka . 

aku tahu buku-buku yang aku beli ni terbitan lama . tapi aku tak kisah semua tu . asalkan cerita dy menarik minat aku . bila aku dah mula minat , aku terfikir nak buat koleksi . ade rezeki lebih , aku nak beli buku lain pulak tapi terbitan tetap sama . actually , masa aku belek-belek buku dekat MPH , banyak buku terbitan syarikat ni menarik minat aku . ikutkan hati semua buku terbitan lejen yang ade aku nak angkut . bak kata orang ikut hati mati . kalau aku ikut hati , aku mati kebuluran . haha . next time aku angkut yang lain . serious . aku dah jatuh minat :)