Tuesday, 21 January 2014

end of semester 5

hampir seminggu. hampir seminggu dah semester 5 tamat. 15 hari bulan hari tu paper last, 16 hari bulan baru balik rumah. bila dah tamat semester 5, bermulalah hidup yang baru. kisah baru tanpa kawan-kawan seperjuangan di sekeliling. aku sorang-sorang menghadap perjalanan hidup praktikal student kat Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah yang akan mula 2 hari bulan 2 ni. semoga segalanya berjalan lancar sepanjang aku berkhidmat sebagai pelajar praktikal kat situ. 

dan.. untuk kawan-kawan, the fact is aku rindu diorang. yelaa, 2 tahun setengah makan minum tidur belajar dengan diorang. ade masalah pun, diorang tempat meluah. diorang jugak tempat berkongsi rasa happy. sekarang no more them. baru berapa hari dah rindu. cane? haha.

rindu kawan-kawan dan rindu jugak suasana melaka yang tak pernah tidur. tapi aku masih perlu tidur. hehe. selamat malam.

Sunday, 29 December 2013

padah

padah terlalu outspoken. nak outspoken tu boleh, tapi biar kena pada cara. biar kena pada situasi. jangan main sembur je, padah makan diri. keadaan sekarang tengah tak stabil, orang-orang sekarang semakin sensitif. selagi kita belum merasa penat lelah jenuh perit hidup orang yang lebih berpengalaman, jangan cuba-cuba membangkitkan isu yang sensitif. tak salah untuk memberi pendapat. semua orang berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing. tapi tu lah, biar kena pada cara. kalau agak-agak ilmu didada, ilmu dikepala masih belum cukup, lebih baik senyap. itu jalan yang selamat. am i right? correct me if i'm wrong. ingat ni, banyak hati yang kita perlu jaga. banyak pihak yang kita perlu fikirkan. kita bukan hidup sorang kat dunia ni. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. diri kita melambangkan identiti keluarga, bangsa, negeri dan jugak our beloved country. so behave. semoga apa yang berlaku ni dijadikan pengajaran :)