Saturday, 1 June 2013

cinta semanis gula

lumrah wanita berhati lembut . lumrah wanita itu manja . lumrah wanita itu ingin dimanja . lumrah wanita ingin perhatian . daripada kau . kaum adam yang istimewa di hati mereka .

tunjukkan diri kau . tunjukkan sayang kau . tunjukkan perhatian kau . yang kau nak peram buat apa . kau nak simpan biar jadi busuk berulat berkulat ? bagi dia rasa kewujudan kau . sayang mereka . bahagiakan mereka . dia yang akan bahagiakan kau di hari jalur-jalur kedut dah melekat kat muka kau . jaga makan dan minum kau . jaga pakai kau . bagi anugerah yang tidak ternilai pada kau iaitu waris kau sendiri . generasi kau . semua tu menyempurnakan hari-hari kau .

jangan sesekali kau abaikan mereka . biarkan mereka sendirian . teman mereka . wujudkan diri kau di hari-hari mereka supaya mereka rasa kehadiran kau . wujudnya kau . wujudnya cinta kau . cinta itu sentiasa bersama . saling berkongsi , saling mendukung dan saling mengisi . cinta harus diungkapkan . namun jangan terlambat untuk mengungkapnya , risau cinta itu akan pergi meninggalkan kau . padan muka .

cinta umpama gelang getah . semakin ditarik hujung getah ke arah bertentangan , semakin renggang dan akhirnya putus jua

bagi cinta tu . tunjukkan diri kau . kekalkan manis tu