Saturday, 1 June 2013

ini cerita dia

biasa aku suka beli novel cinta cinta jiwang karat bagai . tapi tiba-tiba aku terasa nak ubah angin . aku nak cuba baca cerita-cerita penerbitan lejen . syarikat penerbitan buku alternatif indipenden malaysia . syarikat penerbitan buku alternatif urban malaysia . sesekali berubah angin kan . asyik sangat pandang tempat yang sama kan . sesekali nak jugak luaskan mata pandang tempat lain . takkan asyik nak kekal di takuk lama . so , 4 buah sekali aku tibai dalam satu masa . haha .

beli pakai baucer je pongg :D

empat buku aku dah tawan . satu buku aku dah habis jelajah . tu haa SEYOGIA . selamat aku baca dalam masa satu hari . seriously aku tertarik . first time aku boleh habiskan satu buku dalam masa satu hari . nampak tak menarik dy kat mana . cerita dy takde laa berbunga macam novel-novel biasa yang penuh dengan imaginasi . terlalu penuh dengan angan-angan . hubungan dan orang-orang yang perfect . bahagia . cerita ni berbeza . cerita tak berbunga . cerita macam berada di dunia realiti bukan fantasi . novel-novel tak semestinya berkisarkan cerita cinta semata . ini cerita kehidupan . watak-watak dy bukan laa watak yang perfect . watak-watak dy watak yang wujud di alam realiti . aku suka . 

aku tahu buku-buku yang aku beli ni terbitan lama . tapi aku tak kisah semua tu . asalkan cerita dy menarik minat aku . bila aku dah mula minat , aku terfikir nak buat koleksi . ade rezeki lebih , aku nak beli buku lain pulak tapi terbitan tetap sama . actually , masa aku belek-belek buku dekat MPH , banyak buku terbitan syarikat ni menarik minat aku . ikutkan hati semua buku terbitan lejen yang ade aku nak angkut . bak kata orang ikut hati mati . kalau aku ikut hati , aku mati kebuluran . haha . next time aku angkut yang lain . serious . aku dah jatuh minat :)