Wednesday 31 July 2013

latihan

sy tengok awak oke. boleh bawak. jarang laa sy lepaskan perempuan bawak kereta sorang2 kat litar dalam tempoh 5 jam pertama ni. biasa lelaki je boleh. sy tengok awak boleh buat sebab tu sy biarkan awak bawak kereta balik sampai rumah. kalau orang lain sy tak bagi
kembang sekejap --
haha. no lahh. just kidding. tak boleh over confident. ni baru 5 jam pertama. ada lagi 5 jam aku nak kene settlekan. alhamdulillah. terima kasih cikgu sebab bagi kepercayaan tu pada sy.

kebas --
kebas tangan aku asyik putar stereng. ke kiri ke kanan. berat.
tiga empat round kat litar, cikgu kat sebelah.
masuk round ke lima dan seterusnya aku sorang.

first round --
cikgu tunjuk arah dan step kat dalam litar.
cikgu yang drive.
reaksi aku, aduh! kenapa banyak sangat step nak kene ingat.
cikgu kata, takpe. dah buat banyak kali nanti oke lahh.

round kedua --
aku drive, cikgu kat sebelah bagi instruction.
masuk lorong ni. brek. belok. pusing habis stereng.
haa-- berpeluh.
dengan terik matahari, stereng berat. dugaan --
lepas ni awak bawak sorang ehh.
aku, hah!?
alaa cikgu, tak confident lagi.

round ketiga dan keempat --
sama. cikgu masih kat sebelah. bagi instruction.
bukit, parking, tiga penjuru. selesai.
cikgu keluar kereta. duduk kat pondok.

round kelima --
bukit, parking, tiga penjuru. sorang!
alhamdulillah, aku boleh.
naik semula bukit.
cikgu datang.
oke, tadi awak buat cantik. teruskan.

round keenam --
bukit aku seram.
inhale exhale.
clutch, masuk gear 1, tekan minyak, lepas clutch perlahan, turun handbreak, jalan.
fuhh! berjaya.
ulang dan ulang dan ulang sorang-sorang.
kepanasan.

last round --
settle bukit, parking dan tiga penjuru.
cikgu dah tunggu bawah pokok dengan payung antik
oke, awak terus bawak sampai rumah ehh.
aku of course laa oke je. haha
saleng - sempadan skudai - senai
now, i'm home!

Tuesday 30 July 2013

chin up



aku tak pernah tahu wujudnya band ni. semua bermula dari buku seyogia aku baca. babak untuk memujuk. menaikkan semangat. lagu ni diperkenalkan pada pembaca. walaupun hanya mention tajuk. tergerak hati aku nak cari lagu ni.

aku dengar. indahnya muzik dia. aku jatuh cinta. walaupun aku tak faham apa sebenarnya yang disampaikan. aku mengaku. lagu ni berhantu bagi aku. aku sorang. yang lain aku tak tahu. diri kau je yang tahu.

bila aku dengar, aku ulang banyak kali. muzik dia terus meresap dalam jiwa. buat aku tak nak dengar lagu lain. aku pejam mata, hayati nada dia, rasa sayu hati aku. waktu tension, stress, sedih, kecewa aku dengar lagu ni. lagu ni buat aku rasa tenang. dalam masa yang sama, buat aku nak menitiskan air mata. i don't know, what is wrong with me.

kecewa dengan lelaki

"sy jahat" 
bila lelaki dah macam macam tu, ada lahh tu something yang dy simpan. aku bercakap atas dasar pengalaman. dy ada perempuan lain. pasang ramai perempuan dalam satu masa. ini lahh lelaki, tak cukup dengan satu. aku kecewa. sumpah aku kecewa dengan lelaki macam ni.

lelaki, kenapa kau macam tu? menduakan wanita. mempermainkan perasaan wanita. apa salah wanita? cuba kau bayangkan diri kau di tempat kami. apa perasaan kau bila kami pulak menduakan kau? permainkan perasaan kau? pernah kau fikir? mungkin tak kot, sebab kau fikir kami perempuan tak boleh kahwin lebih dari satu. thats why kau rasa kau selamat kan? kau tak fikir yang kami boleh bercinta dengan kau tapi kahwin dengan orang lain? bercinta macam nak rak sekali tak kahwin pun dengan kau. macam mana?

tolong lahh wahai lelaki. jangan lahh permainkan perasaan wanita. hati wanita ni sensitif. lembut seperti kapas. nipis seperti tisu. hargai lahh wanita sepertimana kita hargai ibu kita. wanita bukan lahh robot yang tak punya perasaan. take note please!

Sunday 28 July 2013

rasai kedamaian

ketenangan yang aku terima . kebahagiaan hidup yang aku peroleh . aku bersyukur ke hadratMu Ilahi . luka hati aku semakin pulih . alhamdulillah . semoga aku tak mengulangi kesilapan lama . semoga aku mampu buat keputusan yang tepat lepas ni .

aku akan cuba untuk jaga hati aku sebaik mungkin . hati aku dah terlalu banyak kesan calar dan retak . aku tak nak menambah kerosakan tu . aku takut hati aku tak mampu pulih sampai bila-bila sekiranya aku tak jaga dy dengan baik . aku takkan buat keputusan terburu-buru lagi .

sekarang masa untuk aku berehat . untuk aku nikmati hidup sebenar . hidup yang tenang .


Monday 8 July 2013

its just a dream

hadir dia cuma sekejap . macam mimpi . sekarang aku dah tersedar dari mimpi tu . semua cerita mimpi tu dah berakhir . terima kasih untuk segalanya . setiap hari tadah tangan berdoa demi masa depan cerita mimpi ni , tapi tak boleh buat apa kalau ia tetap bertemu dengan jalan buntu . semakin hari semakin jauh . semua ni ketentuan Dia . kita redha . insyaallah . semoga dia bertemu dengan bahagia yang dia kejarkan .

aku tak setaraf dengan dia . kami terlalu berbeza . ibarat langit dengan bumi . macam enggang dan pipit . aku tak layak untuk berjalan seiring dengan dia . aku tak mampu nak bagi bahagia yang dia impikan . aku kurang serba serbi . sana sini banyak celanya . aku tak perfect . maaf . aku tak salahkan dia atas apa yang berlaku sebab aku sedar aku siapa , aku berpijak di bumi yang nyata .

aku cuma mampu doa kesejahteraan dia . semoga dia sentiasa diberkati . semoga wanita itu mampu buat dia bahagia . semoga wanita itu , wanita terakhir dalam hatinya . semoga dia berubah ke arah yang lebih baik . insyaallah , amin .





MOVE ON ! :)